Sembang Kejayaan - Selama ini kita selalu dengar tentang tips untuk menurunkan berat badan. Boleh google saja memang banyak tips-tips untuk kurus yang boleh kita ikuti. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang ingin menaikkan berat badan?
Ternyata bukan semua orang yang berjuang untuk menurunkan berat badan, tetapi ada juga orang yang berharap sebaliknya.
Tubuh badan yang terlalu kurus dapat membuat rasa percaya diri seseorang jadi kurang. Oleh sebab itu, ramai orang yang kurus mahu menaikkan berat badan tetapi tidak berjaya, walaupun sudah makan banyak. Kenapa? Oleh itu, kita harus bijak dalam pemilihan makanan yang boleh membantu menaikkan berat badan. Berikut merupakan
jenis-jenis makanan yang boleh diambil untuk menambah berat badan:
[Dah Baca?] Tips Naikkan Berat Badan Buat Mereka Yang Kurus
1. Susu
Susu dapat membantu meningkatkan berat badan dan muscle (Otot) kerana ia memberi keseimbangan protein, karbohidrat dan lemak yang baik. Selain itu, ia juga merupakan sumber mineral dan vitamin, termasuk kalsium yang baik untuk pembentukan tulang.
2. Kekacang
Kekacang merupakan makanan yang mengandungi lemak sihat yang tinggi serta boleh membantu menaikkan berat badan kerana ia penuh lemak dan nutrisi. Selain itu, kekacang juga tinggi dengan Vitamin E. Antara kacang yang terbaik adalah kacang almond.
3. Nasi
Adakah anda makan nasi setiap hari? Nasi dan rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan kerana ia merupakan makanan ruji bagi kita. Kalau sehari tak makan nasi, rasa macam tak lengkap, mesti kena ada nasi. Bagi mereka yang kurus, nasi adalah sumber karbohidrat yang mudah untuk dapatkannya di samping dapat membantu meningkatkan berat badan.
4. Telur
Telur - Baik putih mahupun kuning telur juga bagus untuk menaikkan berat badan kerana ianya mengandungi protein, vitamin dan lemak yang sihat. Paling bagus jadikan telur sebagai makanan sarapan pagi. Selain itu, di bahagian kuning telur juga mengandungi banyak lemak dan mempunyai banyak kalori yang boleh meningkatkan berat badan.
5. Keju
Buat yang ingin menaikkan berat badan, bolehlah mengambil keju dalam makanan seharian. Keju ini kaya dengan sumber protein, kalsium, lemak serta kalori yang baik untuk meningkatkan berat badan di samping membantu menambahkan otot.
6. Buah-Buahan
Antaranya buah mangga, betik, nenas serta pisang. Buah-buahan ini kaya dengan gula semula jadi. Ini sangat bagus untuk menaikkan berat badan kerana berisi banyak kalori. Disyorkan makan 2-3 biji pisang sehari.
0 Response to "Jenis Makanan Sihat Untuk Menaikkan Berat Badan "
Post a Comment