-->

Cara Terbaik Bantu Anda Lebih Menghargai Masa


Sembang Kejayaan - Pada era globalisasi ini, masalah suka membuang masa ini merupakan masalah yang sangat berat bagi anak-anak muda sekarang ini. Masalah ini akan menjadi lebih serius jika tiada sesiapa yang peduli mengenai hal ini. Masalah ini perlu diatasi secepat yang mungkin supaya tidak terikut-ikut dengan generasi yang akan datang.

Sebenarnya apabila kita buang masa, kita akan terlepas banyak benda. Cuba bayangkan, orang lain yang berusaha melakukan sesuatu kerja sudah maju kehadapan. Orang tidak berusaha tetap berada di tempat yang sama tidak akan bergerak walaupun selangkah kehadapan.

Nampak tak disitu kita sudah rugi sebab kita buang masa. Masa ini sangat penting. Ada pepatah mengatakan "Time Is Gold" masa itu emas.
Sehari kita ada 24 jam. Macam-macam benda yang kita boleh buat dalam masa 24 jam itu. Kalau sebulan sudah berapa? Setahun? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Takkan nak buang masa macam tu saja. Buatlah satu benda yang boleh beri manfaat kepada kita. Kita perlu cepat untuk bertindak dalam melakukan sesuatu yang boleh mengubah kehidupan anda.

Cara Terbaik Bantu Anda Lebih Menghargai Masa

Tips Mudah Atasi Masalah Suka Buang Masa: 

Cuba banyangkan kalau setiap minit anda akan dibayar dan apabila cukup 1 jam anda akan dapat RM 1,000. Kalau 24 jam sudah jadi RM 24,000. 

Tetapi untuk mendapatkan RM 24,000 anda perlu menggunakan masa 24 jam sehari anda dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Tak kisah sama ada anda bekerja, buat bisnes online, berniaga, atau benda yang boleh beri anda berjaya pada masa hadapan.

Tetapi jika anda tidak menggunakan masa anda dengan baik anda tidak berjaya untuk dapat RM 24,000 itu.

Masih kurang jelas? begini,

Sebagai contoh, bayangkan anda seorang yang buat perniagaan online. Jadi anda akan gunakan masa anda dengan melakukan kerja-kerja untuk memajukan perniagaan anda.

Dan bayangkan juga masa yang anda gunakan itu anda akan dibayar setiap jam RM 1,000. Kalau anda guna lagi masa anda lebih dari 1 jam, anda akan dapat lebih dari RM 1,000 tadi. Maksudnya nilai akan bertambah. Selagi anda gunakan masa dengan betul, semakin bertambah nilai yang anda perolehi.

Apabila cukup 24 jam anda berjaya memperolehi 24 ribu tadi. Kalau anda tidak bertindak untuk melakukan sesuatu dan ianya hanya sekadar buang masa anda tidak akan dapat apa-apa. 

Ini hanya contoh perumpamaan nak bagi kita sedar bahawa betapa pentingnya masa. Jadi lakukan sesuatu yang boleh mengubah hidup anda pasa masa hadapan.

Banyak benda sebenarnya yang boleh kita buat sebagai contoh perniagaan online. Ramai dari kalangan kita sudah berjaya pada usia muda. Dan ramai anak-anak muda sekarang jadikan bisnes sebagai titik kejayaan mereka dan ada yang telah berjaya digelar usahawan pada usia muda.

Jadi lakukanlah sesuatu buat diri kita sendiri daripada kita terus buang masa yang boleh merugikan diri kita sendiri. Sebab masa tidak boleh diganti. Kalau hilang ianya akan hilang begitu saja.

Semoga bermanfaat, terima kasih.

0 Response to "Cara Terbaik Bantu Anda Lebih Menghargai Masa"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel