5 Tips Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri: Sayangi Diri Anda!
Saturday, May 23, 2020
4 Comments
Sembang Kejayaan - Pernah tak rasa tak ada masa untuk diri sendiri? Disebabkan terlalu sibuk dengan jadual kerja yang padat kadangkala agak susah kita nak luangkan masa untuk diri sendiri dan juga keluarga. Ada hari sampai tak sempat nak berehat, ada saja kerja yang perlu diselesaikan.
Oleh itu, mempunyai masa untuk diri sendiri juga penting dan ia memberikan banyak kebaikan diri sendiri dan juga orang disekeliling. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja sebenarnya tidak elok untuk diri. Hal ini kerana, kita pasti merasa stress dan letih dengan rutin harian.
Baca Juga: Tips Hilangkan Stress
Tips Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri
Jadi, walau sesibuk mana pun kita, jangan lupa tentang diri sendiri. Curi sedikit masa untuk diri sendiri. Jadi untuk itu, kita seharusnya mempunyai masa untuk diri sendiri. Kalau hari-hari sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk diri pun stress jugak, kan? Kesihatan pun perlu dijaga dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah. Berikut merupakan lima tips meluangkan masa untuk diri sendiri.
1. Buat Apa Yang Kita Suka
Jika dahulu anda mempunyai masa untuk melakukan perkara yang anda suka tetapi sekarang asyik sibuk dengan kerja, ambil lah masa beberapa jam dalam seminggu untuk melakukan hobi kegemaran anda yang selama ini anda tinggalkan disebabkan kesibukan harian. Misalnya, meluangkan masa seperti membaca buku, melukis, menonton drama dan sebagainya. Apabila kita membuat aktiviti kegemaran kita secara automatik kita pun jadi lebih gembira.
2. Bersenam
Rata-rata ramai yang sibuk dengan jadual kerja yang padat sehingga tidak ada sedikit pun masa untuk melakukan aktiviti senaman. Sesibuk mana pun kita jangan abaikan senaman. Luangkan lah sedikit masa untuk bersenam sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu antara langkah terbaik dalam menjaga kesihatan dan kecergasan. Sibuk-sibuk juga, kesihatan pun perlu dijaga. Selain untuk sihat, bersenam juga dapat mewujudkan emosi gembira.
3. Bercuti
Bagi pendapat saya, ini adalah yang paling berkesan. Dengan kesibukan kerja, kekadang kita juga perlukan masa untuk berehat dan tenangkan fikiran. Bawa diri kita pergi bercuti beberapa hari untuk merehatkan minda, melihat suasana baru dan memperbaharui diri sendiri sebelum kembali bekerja. Kita juga akan menyedari bahawa hidup ini lebih bermakna dan mempunyai tujuan lain selain bekerja.
4. Jumpa Kawan-Kawan
Sekali sekala dapat luangkan masa dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa, memang seronok. Macam-macam benda yang nak dibualkan sampai terlupa sekejap segala masalah dan stress bekerja. Sesibuk mana pun kita, luangkan lah sedikit masa bersama kawan-kawan untuk berkongsi masalah dan saling meluahkan rasa hati.
5. Beri Reward Kepada Diri Sendiri
Setelah kita penat bekerja, sesekali berilah reward kepada diri sendiri atas usaha dan rasa penat kita selama ini dan ia juga sebagai tanda kita menghargai diri sendiri. Misalnya, belanja diri sendiri makan makanan kegemaran kita atau membeli barang yang sudah lama kita idamkan sebagai hadiah. Dengan cara ini boleh buatkan diri kita bahagia.

Sekarang ni alhamdulillah ada masa untuk diri.
ReplyDeletealhamdulilah saya bisa memberi masa untuk diri sendiri dan melakukan apamyang saya suka melalui tulisan di blog :)
ReplyDeletesudah saya follow back #36
ReplyDeletepaling biasa buat reward diri sendiri dengan something yang kita suka dan bebas buat apa yang kita suka :)
ReplyDelete